Monday 30 January 2012

PENYERAHAN SUMBANGAN

Penyerahan sumbangan buat keluarga Sofea Rehan ke atas al-marhum abang beliau! - disempurnakan oleh ajk kebajikan & informasi (Saudara Azri); sebarang info & hal ehwal kebajikan bolehlah diajukan terus kepada beliau untuk tindakan lanjut!

Tuesday 17 January 2012

AL-FATIHAH

Dimaklumkan bahawa abang kepada CIK SOFIA REHAN BT RAMLI telah kembali ke Rahmatullah pada 17 Januari 2011.

Maka itu, kami, kelab paten, ingin menganjurkan satu majlis bacaan yaasin dan tahlil buat arwah.

Tarikh      : 20 Januari 2011, Jumaat
Tempat    : Ruang legar tingkat 16 (di hadapan Pantri)
Masa       : 11.30 pagi



Masa dan tempat ini hanyalah cadangan dan saya akan memberi e-mail selepas ini untuk confirm atau berlaku perubahan.

UPDATE

Tarikh dan tempat telah di-confirmkan. Sekian.

SISTEM SARAAN HARTA INTELEK

Seperti kita sedia maklum, En. Sh arifin telah membentangkan skim terbaru untuk staf-staf perbadanan. Pada saya, skim ini eloklah kerana "benefit-benefit' yang diberikan lagi sempurna.

Tetapi kita mesti ingat bahawa mesti ada pro dan con sesuatu benda. Harap kita semua dapat meneliti terma-terma tertulis sebelum membuat kata putus atau mengajukan sebarang soalan kepada En. Sh pada perjumpaan yang berikutnya.

Monday 16 January 2012

PERJUMPAAN DATO' KETUA PENGARAH BERSAMA PEGAWAI PEMERIKSA PATEN, IPQ 41

Dimaklumkan bahawa pemeriksa-pemeriksa paten gred 41 akan berjumpa bersama Dato' KP pada petang ini.

Mari kita gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin.


UPDATE

Dato' KP pada umumnya menerima baik pandangan dari kita semua tetapi terdapat beberapa points yang beliau rasa perlu diperhalusi lagi.

  • Beliau memerlukan lebih maklumat mengenai maklumat yang boleh diberikan secara percuma specifically dari negara-negara jiran.
  • Beliau akan KIV mengenai usul scanning kerana beliau telah mengadakan projek mini dengan agent dimana agent akan scan dokumen mereka dahulu sebelum datang mendaftar.
  • Beliau mahu memperhalusi lagi cadangan Opposition Unit.
  • Beliau akan membincangkan usul penggunaan Bahasa Malaysia dalam urusan surat menyurat dengan  ahli lembaga.
  • beluai menunggu kelulusan dari lembaga mengenai usul penstrukturan semula.
Beliau juga menambah bahawa untuk memberikan beliau sedikit  masa sebelum kembali dengan jawapan beliau.


Sunday 15 January 2012

MESYUARAT KELAB PATEN 2012

Pada 13hb Januari 2012 yang lalu, majlis tertinggi kelab telah mengadakan mesyuarat pertama bagi sesi 2012/2013. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh saudara Helmi Khalid dan dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa yang baru dilantik untuk penggal ini.

Tujuan utama mesyuarat dijalankan adalah untuk membincangkan aktiviti dan perancangan bagi tahun 2012.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan aktiviti tahun ini, sila ikuti makluman terkini di blog ini dari semasa ke semasa.

Sekian.

SELAMAT DATANG 2012



Selamat datang ke Blog Kelab Paten MyIPO..