Monday 26 March 2012

KEJOHANAN BOLING KELAB PATEN

Salam semua!,

kelab paten telah mengadakan kejohanan boling untuk semua pemeriksa paten pada sabtu lalu (24/3).
seramai 30 orang telah menyertai tournament tersebut. mereka yang telah telah membawa pasangan dan anak-anak mereka bagi memeriahkan kejohanan ini.

bagi mereka yang hadir, kami dari pihak kelab mengucapkan ribuan terima kasih kerana memeriahkan dan menghadiri kejohanan ini. harap kita semua dapat membuat aktiviti seperti ini di masa hadapan!







Wednesday 14 March 2012

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA

Penyerahan sumbangan warga paten kepada waris (Encik Khairol Ghani) atas kembalinya ke rahmatullah al-marhum bapa mertua kepada waris.


# tiada gambar # - atas menghormati permintaan waris:

Penyerahan sumbangan warga paten kepada waris (Cik Azlin Mohd Fahmi) atas kembalinya ke rahmatullah al-marhumah adik kepada waris.

Terima kasih kepada warga pemeriksa paten atas sumbangan yang diberikan. Sharing Is Caring. Moga Allah menambah hitungan pahala kepada penderma dan dipermudahkan segala urusan harian.

Saturday 10 March 2012

MAJLIS TAHLIL

Alhamdulillah,

Majlis tahlil kita pada 9/3 yang lalu telah selamat berlansung. Diharap roh arwah adik Kak Azlin dicucuri rahmat.

Selain itu, pihak kelab ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi menderma bagi menjayakan majlis ini.



ps: En Zaki memberi salam 'peace' kepada kita :P

Thursday 16 February 2012

AL-FATIHAH

Dimaklumkan bahawa bapa mertua kepada En. Mohd Khairol Ghani telah kembali ke Rahmatullah pada 31 Januari 2011.

Maka itu, kami, kelab paten, ingin menganjurkan satu majlis bacaan yaasin dan tahlil buat arwah.

Tarikh      : 24 Februari 2012, Jumaat
Tempat    : Ruang legar tingkat 16 (di hadapan Pantri)
Masa       : 11.30 pagi





Semua pemeriksa paten adalah dijemput hadir. Sekian.

Wednesday 1 February 2012

ABOUT BRITISH COUNCIL

Seperti yang kita ketahui, sesetengah daripada kita sekarang sedang menghadiri kursus Bahasa Inggeris selepas waktu pejabat.
Jadi, di sini saya ada membuat sedikit research mengenai British Council dan grading system yang mereka pakai.

http://www.britishcouncil.org/malaysia-download-corporate-training-level-equivalence-chart.pdf

Ada beberapa lagi info yang ada tetapi malas untuk dimasukkan di sini jadi saya link sahaja di bawah...

Monday 30 January 2012

PENYERAHAN SUMBANGAN

Penyerahan sumbangan buat keluarga Sofea Rehan ke atas al-marhum abang beliau! - disempurnakan oleh ajk kebajikan & informasi (Saudara Azri); sebarang info & hal ehwal kebajikan bolehlah diajukan terus kepada beliau untuk tindakan lanjut!